wonderful traveller

Sunday 25 December 2016

Barang Dapur Basah

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

Setelah sehari mendiamkan diri meh aku sambung balik bebelan aku. Sape kat sini rajin memasak? kita geng...hehehe..aku memang suka+rajin (kalau ada bahan)  memasak ni..hihihi..jangan ingat aku suka layan drama korea tu aku tak reti bersilat kat dapur..heh, tolong sikit..tengok tangan la..hahaha. Ok, kalau dah rajin memasak of course sebulan dua kali atau 3 kali korang akan pergi pasar cari barang basah dan sayuran untuk dimasak betul tak? Dulu aku pun macam tu. tapi kali ni aku beli barang basah secara online...WHAT??!! yes, secara ONLINE.

Beli di mana? Ada orang delivery ke? yes...aku tak tipu sebab dah dua kali aku beli dengan satu online shop ni..namanya Barang Dapur Basah. Kat FB pun ada..korang check lepas ni. =) pekerja dyorg akan hanta sampai ke depan pintu rumah korang. tidak kira siang atau malam but depends on where are you staying. coz ada schedule dia. macam aku duk Shah Alam delivery hari Rabu (malam) dengan Ahad (pagi). Brape? kena cas penghantaran x? dia ada pakej yang tersendiri..macam macam hado, korang pilih jer..nak western, shell out pun hado..aku tak tipu. Cas penghantaran confirm la ada dan bagi aku tak kisah sebab sama je kos korang pergi sendiri kan.

ini IG dyorg..korang blh check ye =)

kalau perasan post kaler hijau area yang dyorg cover untuk penghantaran.
post yang pink tu plak pakej untuk setiap lauk.macam macam hado.. nt den nk torai pakej shellout lak =)

Macam aku yang single mingle ni aku amik pakej yang basic. Ada ayam, daging, ikan dgn udang. =) tahan lama tak simpan? of course, tahan lama..macam aku makan untuk dua orang (roomate aku) so lauk tu blh tahan around 2 bulan sbb kekadang aku tak masak which is aku panaskan lauk lunch yang caterer hantar kt school untuk budak budak daycare dgn cikgu sekali (aku mengajar tadika) so jimat la untuk aku. =)

packaging dyorg sebegini rupa. memang betul betul keluar dr freezer
ta-da!!udang, isi ayam dengan daging slumber aku perap je..senang.

Untuk first trial aku beli alhamdulillah tahan 2 bulan dan last week aku order sekali lagi pakej yang sama. hehehe..senang kata kau, tak yah keluar dah. Aku cerewet sikit beli barang basah kat supernarket sbb mostly tak berapa fresh lepastu cepat rosak. kadang kadang ayam cepat berbau kalau beli. Aku dah biasa makan yg fresh yakni kt kampung mama beli lauk kat pasar basah so mmg fresh la..sebelum ni ada gak aku beli kt kg pastu bwk blik Shah Alam..de sengal aku takde kerja..hahaha.

So, sape yang tak pernah tau dan teringin nak try, jenguk jenguk la IG dyorg eh. Thanks BDB sebab buat delivery ke Shah Alam. In sha Allah jumpa lagi next 2 months...hihihih...Aku tak sabar weh nak balik Shah Alam nak masak!! =) Sekian~~

Saturday 24 December 2016

urusan PUSPAKOM dan JPJ

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

last entry (walhal smlm jek) aku de share pasal prosedur pengurusan pusaka kecil untuk tukar nama pemilik kan. so, skrg aku share pengalaman aku mengerah tenaga pergi bawa kereta yang nak ditukar nama ke mana kan..meh kita baca sama sama. ok, this is my next history in 2016.

4. Tukar nama pemilik kenderaan
Alright, kalau korang dah dpt surat perintah dari Pejabat Tanah (actually adik aku pegi mintak) makanya korang dah blh pergi tukar nama. korang nak tukar nama tu di JPJ tapi before that korang kena pegi PUSPAKOM untuk buat inspection. inspection apa plak? korang blh refer gmbar rajah di bawah. sila jangan malas nak baca..

sumber:www. PUSPAKOM.com.my
Gambar di atas tu dah terangkan dari mula korang sampai hinggala selesai. mudah je sebenarnya buat inspection ni kecuali lori. kalau korang baca tgk kt bhg 2A tu ada tulis inspection by appointment kan? perlu ke appointment tu? ok, masa aku nak buat dulu aku buat kt PUSPAKOM Teluk Intan. sebelum nak buat tu aku call sbb aku buak website kne buat appointment. bila aku call orang tu cakap kalau kereta tak payah buat appointment, just datang je bwk geran kereta. aku tak taula PUSPAKOM tempat lain. yang appointment tu katanya untuk lori.

Kalau korang nak kepastian better call je tanya.senang. free ke buat inspection ni? hehe...korang kne bayar RM31.20 termasuk GST. =) lama kah inspection ni? depends on your car's conditon.hehehe..masa aku dulu sekejap je..tak sempat panas punggung lagi dah siap..hehe. kalau korang sampai awai cepatla siap urusannya. betui dak?

Bila dah selesai urusan dah dapat report dari PUSPAKOM kalau LULUS means korang boleh terus ke JPJ buat urusan tukar nama. kalau FAIL korang kena g betulkan apa yang patut kat kereta korang tu. masa aku dulu alhamdulillah...sekali je datang terus lulus. terus aku g JPJ. kebiasaan nye PUSPAKOM dgn JPJ bersebelahan je..so senang sangat urusannya. =) Tiba di JPJ lak aku pegi bhg kaunter pertanyaan cakap kt orang tu nak tukar nama kenderaan. orang tu akan bagi satu borang utk diisi.

Dah isi borang itu ambil no giliran dan tunggulah giliran anda. sampai masa giliran korang bagi borang yg korang isi tu pastu sila standby surat perintah, laporan dari PUSPAKOM dan geran kereta. tak lupa juga wang secukupnya untuk bayar geran iu. aku kena bayar RM102 termasuk laminate geran tersebut. laporan PUSPAKOM dengan surat perintah tu pihak JPJ akan ambil untuk rujukan.
siap!!

ta-da!!
Bagi kereta yang still under loan, korang still xleh nak tukar nama even dah dpt surat perintah. still kne tukar road tax 6 bulan. korang kne bawak surat perintah tu bersama sama ke JPJ tiap kali korang nk renew road tax ye. sekian. senang je rupanya. ada hikmah nye kenapa arwah tak nak tukar nama siap siap. dia nak anak anak dia belajar dan boleh share kpd semua orang. =) tapi mmg betul..aku boleh share kt korang kan...hehehe...ok, jumpa next entry!

sekian~~

#throwback few weeks after....

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

kemain rajin aku update post baru..ni kes dh takde drama baru nak tgk..baru nmpak de benda lain blh buat sebenarnya selain ngadap drama korea tu tau...masha Allah...lagha tul..abis tu, de je drama baru yg lain but my style is tggu semua episod habis download baru tgk.kisahnye..kau tggu la dua bulan lg baru tgk ye.so, lets start read my next post for history in 2016, maaf sangat, rentetan agak berterabur sbb mana aku ingat dulu aku up terus..kalau tak lupa. faktor usia kata adik.

3. Urusan peninggalan arwah.
Pernah dengar tak kalau ada kereta/rumah/tanah ni seeloknye tukar nama kepada nama anak anak atau waris sebelum meninggal. ye, kita mmg takkan tahu bila kita akan pergi tapi pepatah melayu ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan. This is happen in my family. ni takdela personal but at least i have to share untuk kesedaran bersama.

Kisahnye, abah aku tinggalkan anak anak dengan 2 buah kereta, satu buah motosikal dan sekangkang kera tanah (tak besar mana pun) untuk kami 5 beradik. arwah takde pun buat wasiat untuk kite orang tapi cara arwah buat 'wasiat' adalah meminta kami 5 beradik menguruskan hal2 seperti tutup segala akaun bank dan juga tabung haji. bagi kami urusan tutup akaun tu takde la susah mana pun takat g bank bawa sijil mati arwah dah settle. tapi tidak bagi urusan penukaran nama kenderaan

Proses penukaran nama untuk harta alih (kenderaan) dgn harta tak alih (tanah) ni blh buat di dua tempat. satu Amanah Raya (tersangatlah leceh dn sukar katanya lagi lagi base di Ipoh) dan keduanya dengan salah seorang waris jadi pentadbir untuk buat pusaka kecil di pejabat tanah bersyarat si mati ada tanah hatta sekangkang kera pun.

Mujur arwah ada tanah so, kami decide buat pusaka kecil dan aku jadi pentadbir. pentadbir ni kau kena uruskan hal ni sampai la hari perbicaraan nt. (masuk court tau) apa tugas pentadbir ni?
1-kau kena isi borang yang diambil di pejabat tanah (cakap je nk borang nk buat pusaka kecil)
2-kau kena collect semua dokumen yang diperlukan, salinan ic waris termasuk atuk dan nenek korang (mak/ayah kpd ayah kau), salinan geran tanah, salinan geran kenderaan bermotor dan juga borang nilai setiap kenderaan (cmne nak tau nilai kereta/motosikal sila cari kedai2 kereta terpakai/kedai motosikal tu minta dyorg nilaikan) dan last skali salinan untuk hasil carian (refer pej tanah).
3-kau dah collect semua dokumen yg berkenaan baru blh submit di perjabat tanah. dah hantar semua dyorg akan check then akan bagi surat bila bicaranya. kalau takde halangan around 2-3 bln lepas submit dokumen dyorg hantar surat bicara.
4-bila kau dapat surat bicara tu make sure kau dgn waris yg lain dh stand by nak amik cuti bagai sbb perbicaraan mesti waktu bekerja. pepandaila korang menghadirkan diri. make sure semua hadir klu mmg tak blh hadir korang kne isi satu form ni dipanggil borang DDA (jgn tnye stand for what) dan korang yg tak hadir tu dah setuju sengan segala apa yg dibahagikan. kalau tak better hadir dn dgr sndiri.
5-waktu bicara plak make sure bwk semua skali geran2 yang original sbb dyorg akan check sblm bicara. stand by gak ic korang yg ori tu. dan selepas selesai bicara korang kena bayar (WAJIB BAYAR) sbb nt pihak dyorg takkan keluarkan surat perintah. apa pulak surat perintah tu? surat perintah tu tanda nye korang dh blh buat urusan penukaran nama. i will share the process of transferring name in next post.

ni gambar sebekum bicara...gambar dgn 5 beradik tak de dlm simpanan

So, ada faham tak korang?hehehe...ni dah sehabis simple aku cuba sampaikan. kalau de yang tak clear blh rujuk ke pejabat tanah yang berdekatan. Bila baca nampak senang tapi pengurusannya seriously ambil masa dan kau perlu amik cuti untuk selesaikan hal ini. Sebab tu bila kita masih hidup ni ada baiknya tukar nama segala harta siap2 sbb kita just collect ic waris masing je..settle. Kita takde la minta sangat harta tu semua cuma nak permudahkan urusan lebih  lebih lagi bila nak renew road tax. selagi tak tukar nama kau kne renew 6 bulan sekali. pulak tu hanya blh renew di JPJ je..kt Pejabat Pos nggak bisa...makanya korang faham la ye knp aku gigih uruskan pusaka kecil ni. ye, sebab ROAD TAX.

sekian, see ya!!

Friday 23 December 2016

Happy 5th Anniversary

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

#sila jangan salah faham...baca dulu baru tahu..hahaha

Koreanya tak leh tinggal kan..ntah pe yg dikejarnye xtau ler..hahaha..ok, lets read my next history along 2016

2. 01122016-Genap 5 tahun bekerja...
meh masuk bab kerja lak..bab personal tak usahla di canangkan sangat..huhu..aku dapat rasakan yang tahun 2016 mmg tahun yang sangat tough untuk diri aku. and you know what last 01 December 2016 genaplah sudah 5 tahun aku berkerja sebagai guru tadika Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM). dua tahun di Kota Kemuning dan 3 thn lagi di Shah Alam. *please give around applause*-sambil tepuk tangan-

future manager...??

Alhamdulillah..syukur sangat2 dapat kerja even luar bidang aku...konon..at least aku tak menganggur. takpelah ada hikmahnya aku mengadap anak2 syurga nih.ganjaran nye banyak kan? dan untuk tahun ni aku handle satu kelas jerr...pagi aku ngajar petang nye aku jadi bibik+secretary tak bertauliah dalam office. bukan setakat jd secretary je, PA blh, assistant manager blh, penasihat manager pun blh...nampak tamak di situ. tak....tak tamak pun tapi Boss sendir dah nampak kekuatan aku dan meletakkan kepercayaan kpd aku since aku pernah handle BBIM KK sekejap selepas manager resign.hehehe..thanks boss!!next year gaji nak tak??hihihihihi...

memang dah lama aku berhajat nak handle satu kelas je...tak larat kot handle dua kelas ni..penatnya lebih dari handle kelas+daycare tu.. manakan tidak, pagi dan petang kau kerah otak kau supaya berfungsi dgn cergas melayan anak2 syurga yang pelbagai ragam. tu tak termasuk nak layan kehendak parents memasing. tu lagi la..selagi mata tak pejam kompm de je msj masuk. tapi, alhamdulillah, so far aku dapat parents yg ala2 tak amik kisah sgt pasal anak.bukan x amik langsung tapi ada masa dan ketikanya dyorg akan bertanya..takdela selalu..heee..zaman sekarang bukan setakat layan anak2 je, mak ayah nye sekali kena layankan...heeee...maafkan saya.

intelligence 2 class..nampak tak cikgu nye tersepit terselit kat tengah2 tu

so, apa yang aku buat waktu petang? aku kena kemas dining area sejurus anak2 abis makan, sapu sampah, cuci pinggan dan cawan, lap meja, kemas dapur dan buang sampah. topup air kt tong minuman anak2. tak ke bibik namanya tu?xpe..aku lagi suka buat kerja tu..hahaha..dah settle semua baru masuk office buat kerja2 admin yang sepatutnya. terasa ringan sikit bebanan kerja tahun ni berbanding tahun sebelumnya. huhu..alhamdulillah..doa banyak2 mana tau lepas dah tak yah handle kelas langsung...ahakz..klu blh tak nak...still nak mengajar..

HAPPY 5th ANNIVERSARY BEING BBIM TEACHER!!!

perginya abah......

Assalamualaikum wbt. anyeong!!

mak aih, baru ku sedar bahawasanya sudah setahun lebih tidaklah aku menjengah blog ini..huhuhu..sadisnye hidup. aku punyai kerja yang tetap di mana masa bekerja aku dari pukul 7pagi-7mlm..kau ghase?ada masa ke nak ngadap blog ni?dengan drama korea nya (ntah bila aku blh stop) beratur tunggu giliran untuk ditonton...kemain banyak..

ok, lets we make it short and i will make a list what happen along 2016.

1. 03012016-perginya ABAH tanpa dipinta.
Tarikh yang paling azimat baki aku dan family. setelah hampir 100 hari abah bertarung dengan sakitnya abah pergi menemui PENCIPTA nya dalam keadaan ditidurkan. arwah meninggal tepat jam 8mlm di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). since pertengahan 2015  arwah batuk tak berhenti. masa tu kan tgh musim jerebu then depan rumah kami ni lak de pembinaan jalan/highway baru so habuk debu debu semua masuk dalam rumah lagi la teruk batuk arwah. tanggal 01 Dis 2015 abah dierjakan ke Hospital Tuanku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebab sesak nafas. doktor buat xray dan sahkan dalam paru2 abah de banyak air. di situ lah permulaan abah stay in 3 buah hospital. 3 malam abah stay kt HTAJ then transfer ke Hospital Teluk Intan (HTI) atas sebab HTAJ xde kepakaran nak sedut keluar dari paru paru. around 2 minggu abah keluar masuk dari HTI dan hanya fews time doktor sedut air tu but still tak berkurang. pelik sangat waktu tu sbb dh byk kali keluarkan air tu. doktor decide nk amik sample tisu utk buat test.
Doktor cakap hari 31 Dis 2015 dtg hospital ingat dh tau resultnye tp nurse ckp result tak sampai lagi dari lab and doktor xde pun nak check abah bagai tau. buang masa je dtg hospital..masa tu abah dah bergenang air mata menahan sakit kt dada tu. so, mama decide nak bwk abah ke PPUM hari yang sama. mama drive sampai kapar pastu along dgn angah amik dyorg kt sana terus drive ke PPUM. sempatlah amik aku dgn adik sekali sbb satu hala je kan. alhamdulillah perjalanan hari itu smooth sgt sedangkan klu waktu puncak kt federal tu confirm jammed kan. tapi waktu tu jalan tak busy hujan pun tak lebat. lega rasa masa tu. sampai PPUM terus park bhg kecemasan.
Bila masuk zon kecemasan je tgh nak beratur tggu turn kt zon saringan yg pertama, Medical Assistant (MA) dlm bilik tu terus keluar tggalkan skjp patient depan dia terus tgk condition abah. dia tanya itu ini pasal abah terus dia bwk abah masuk zon kritkal. memang tak tggu bagai sbb abah mmg dah tak stabil sgt wktu tu. sayu sgt tgk dia tercungap cungap nak bernafas wktu tu. nak ckp something pun kiteorg tak bagi tp dia mampu senyum lagi. so, kiteorg pun bertapa kt ruang kecemasan tu tggu doktor keluar. pnyela lama kiteorg tggu rupanya around 12 mlm tu abah dh selamat pindah ke wad biasa dalam keadaan stabil tp kne pakai tiub kt hidung.
Pagi Jumaat 01 Jan 2016 aku dgn adik pergi melawat abah. masa tu tak fikir jauh sangat sbb abah nampak 'sihat' di luar. makan berselera, blh tersenyum dan sempat mengusik kami. sebelum aku balik tu siap pesan kt abah yang esok birthday aku (02Jan).aku tak sangka yang wktu itu adalah kali terkahir aku jumpa abah dlm keadaan jaga. habis je waktu melawat aku dgn adik balik shah alam settlekan apa yg patut. lepas zohor baru nak bukak mulut nak mkn maggie goreng mama call yang abah sesak nafas lepas kluar dr toilet. doktor masukkan abah kt bhg bilik kecemasan yang de dlm ward tu. debaran waktu tu Allah je yg tau nasib tak accident sbb tangan dgn kaki dh menggigil masa drive.
Sampai je wad abah tu terus banjir bila tgk mama dh tersandar kt kerusi. terus peluk mama. since abah sesak nafas tu terus abah tak sedar. doktor tidurkan abah sbb nak bagi jantung dgn paru paru rehat dari berkerja. masa tu dah fikir yang peratus abah blh sedar dan stabil adalah 50-50. hari yg sama juga fews doktor dtg kerumun abah discuss+buat blood test. setengah jam kemudian doktor india perempuan kluar jumpa mama terangkan keadaan abah. doktor ckp abah akan dipindahkan ke wad ICU (wad yg paling digeruni).
Keesokannya, doktor bagitau hasil blood test tu. mmg memeranjatkan aku dan family. doktor cakap buah pinggang abah dah rosak sebelah, jantung lemah, darah dah kena jangkitan kuman dan air dalam paru paru pun sebenarnya dah dijangkiti kuman sbb tu air tak berkurang bila dah disedut. dan kuman dalam air paru paru tu abah dapat semasa berada di HTI. Allahuakbar....memang tak terduga. kalau korang tgk keadaan luaran abah mmg looks normal cuma badan abah makin susut dan cengkung but still dia blh bergerak lagi cuma terhad. rupanya dalam badan abah dh penuh dgn kuman. jahat kan kuman ni?? so, berkampung la kami bergilir kt wad ICU tu dgn pelawat dtg bersilih ganti.
Malam tu abang stay hospital then kebetulan dapat call dr nurse yang abah kena serangan jantung sekejap. allahuakbar.....aku diamkan je news tu sbb tak nak kejutkan mama yg tidur lena kepenatan tu.
Hari Ahad pagi 03 Jan 2016 lepas subuh tu baru aku bgtau mama pe yg jadi malam tu. terus dia nangis dan tak sabar nak pergi hospital. lepas breakfast terus gerak ke hosp bagi abang blik rehat lak. sehari suntuk kami 6 beranak sahaja. abg ipar dgn kakak ipar aku jaga anak2 masing kt rumah. masa pak lang aku (adik abah yang paling rapat dgn abah) masuk tgk abah sempatlah tnye doktor pasal abah. doktor ckp keadaan abah dah kritikal...50-50. dia ckp lagi just stand by je sbb keadaan abah masa tu bergantung pada mesin dialisis. once mesin tu stop dari berfungsi means jantung abah dah lemah sgt tak blh nak pam darah tu. yes....lepas solat maghrib tu nurse panggil semua waris masuk icu. dada aku masa tu nak pecah rasanya menahan air mata keluar. angah dah pesan jangan tangisi.
Kami berenam masuk sekali dgn adik beradik mama tunggu abah. sempat baca yassin dan zikirkan untuk abah. aku merupakan orang yg paling dekat dgn telinga abah. selesai baca yassin tu aku bisik kt abah, "abah tidur ye lama lama. abah rehatlah." waktu tu kami la saksi tgk abah tarik nafas kali terakhir sbyk 3 kali. tepat jam 8 mlm nurse announce abah dah takde. mesin dimatikan dan keadaa jadi sunyi. takde sape bercakap lepas nurse announce. hanya mampu angguk je.
itulah rentetan arwah abah aku. mama ckp mmg cukup 100 hari abah sakit dan lepas tu abah pergi.dalam tempoh tu juga abah dah tau yg dia nak pergi cm dia de share satu post ni kt fb tentang persiapan uruskan jenazah dgn tanda tanda kematian. bagi kita yang hidup ni mmg tidak akan perasan perkara itu hanya yang tertentu je kan. sesungguhnya hidup, mati, dan jodoh adalah urusan ALLAH.
-AL-FATIHAH.-

Friday 12 June 2015

Rentetan 2014 part 2

Assalamualaikum wbt. Anyeong-hanseyo!!

wahai silent reader..dah baca ke belum entry kita sebelum ni..bacalah, naik krem jari ni menaip *muka minta simpati+penampaq* sudahlah tu meh kita masuk part 2 lak untuk rentetan 2014. seperti yang kita tau tahun 2014 merupakan tahun yang bagi saya tahun yang amat sukar untuk dilalui dalam tempoh itu terutama bagi mereka yang terpilih untuk diduga sebegitu rupa. so, part ni saya nak buat tribute 2014.

1-MH370
awal Disember 2013 kita dikejutkan dengan berita kehilangan  pesawat MH370 yang membawa 200++ penumpang dari KL ke Beijing. sehingga kini kehilangan kapal itu masih menjadi tanda tanya dan misteri bagi seluruh dunia. masih ingat lagi waktu itu saya dan staff lain termasuk encik boss belanja makan di Seoul Garden Setia City Mall. mau tak terkejut cuma tak tercekik je waktu makan tu. nak tau info lebih lanjut pun tak dan sebab line tak berapa nk ada. but, saya mengikuti perkembangn setiap pencarian kapal itu termasuk membaca certain blog yang mendedahkan misteri kehilangan kapal itu. saya tak pasti kesahihan cerita di sebalik itu tapi sedikit sebanyak ada juga logiknya.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang bergama Islam.

2-MH17
selang beberapa bulan di kala rakyat Malaysia masih terkejut dgn kejadian MH370 itu sekali lagi kita dikejutkan dan kejadian pesawat MH17 terhempas di banda Donestek, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashcencko. angkatan tentera Ukraine menafikan tidak terlibat dengan kejadian tersebut malah mengatakan ada kemungkinan 'pengganas' yang menembaknya. malangnya, anggota pemisah turut menafikan yang pemberontak mempunyai senjata yang sedemikian yang mampu menembak pesawat besar itu. akhirnya, komander pemberontak Ukraine "Donestek People's Republic" mengaku tersalah menembak pesawat MH17 yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang beragama Islam.

3-QZ8501
tidak lama selepas itu pesawat penerbangan Air Asia QZ8501 pula menyampaikan khabar buruk. pesawat tersebut terhempas dalam satu cuaca ribut yang sepatutnya menjadi perjalanan yang singkat dari Bandar Indonesia Surabaya ke Singapura. dalam kejadian tersebut telah mengorban seramai 162 orang termasuk anak kapal dan juruterbang.
-Salam takziah buat penumpang.

4-Banjir besar
peristiwa ini melibatkan beberapa buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak. ke ada lagi ke negeri yang terlibat yang saya tertinggal. sila tambah di bahagian komen, in sha allah saya akan reply. heeee....memang tak sangka banjir kali ini memang luar biasa sehingga mampu menenggelamkan salah satu stadium di Kelantan, Masya Allah, tak di sangka kebesaran yang Maha Besar dari Allah. kebetulan saya ada kawan yang asal Terengganu dan kawasan rumah beliau turut terkena tempiasnya serta sorang lagi kawan yang waktu itu sedang study di UMK Kelantan turut terkena dan alhamdulillah kesemuanya selamat.

sedih kan bila mengikuti perkembangan setiap kejadian lebih-lebih lagi MH370 yang masih misteri. saya masih ingat kata-kata blogger yang saya selalu stalk nak tau pasal di sebalik kejadian itu. kata-katanya seperti ini "kalau timbul ramai yang mati, kalau tenggelam ramai yang selamat" dengan erti kata lain kalaulah pesawat itu dijumpai kemungkinan WWW-4 bakal terjadi. seeloknya biarlah ia hilang sebegitu sahaja. di mana tahap kesahihan kisah itu wallahuwaalam, Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

saya itu saja peristiwa yang terkesan sangat-sangat dalam hati ini. tak boleh bayangkan andai kita atau family member or kenalan rapat yang mengalami kejadian itu, nauzubillah hi min zalik.

sekian, Selamat Membaca!

Rentetan 2014 part 1

Assalamualaikum wbt, Anyeong-hanseyo!!

waah! setahun setengah beb saya tak update blog kemanjaan saya ni...konon gitu. buzy?malas?ye...both of it.hehe..FYI, saya sudah tidak mengajar di campus Kota Kemuning, which is not actually resign but saya ditukarkan ke campus Shah Alam. since when? since last tarikh saya update blog saya itu...sila rujuk entry sebelum yang latest ni...muhahaha...so, hari ini dengan baik hatinya saya nk update entry even takdak oghe nak baca kan...huwaaa...meh kita start dgn perubahan situasi tempat kerja yang baru.

seriously, bila saya start keje di campus SA ni tak menang tangan ni kot. mana uruskan bebudak ni, nak urus paperwork dan sewaktu dengannya, mana nak urus diri sendiri.kesudahannya memang hidup saya tidak terurus ibarat tongkang dipecahkan dek ombak/ribut/taufan semua segala lah..hahahaha..bab metafora no 1 ek. mentang-mentang subjek BM semedang je A kan, ^_^ tapi saya memang tak tipu sebab not only me but same goes with my roomate a.ka. teacher kat situ jugak ler. jauh beza bak langit dan bumi masa di KK. antara perbezaan:

1-bilangan budak
part ni memang jauh beza yang sangat ketara. manakan tidak waktu di KK total budak 30 and teacher 2 je. SA lak almost 100+

2-sesi mengajar
waktu di KK dulu kena jaga full fay di  mana siang kau mengajar petang lak daycare. sekarang ni lak pagi kena ngajar petang pun kena mengajar. maksud di sini bahawasanya pagi budak lain petang lak budak lain datang..alaa mcm sesi persekolahan sek keb/men tu...faham kan?tak faham sudah,haha

3-masa
di KK of course free time tu quite de la especially waktu day care. budak day care tak ramai so program pun tak padat macam sesi pagi. then, saya ada masa nak settlekan urusan kerja macam update assessment sheet bebudak ni, kemas kelas dan sewaktu dengannya. sekarang ni lak jadual memang sah padat sebab pagi dan petang mengajar..nanges jap TT_TT

see?nampak tak kesibukan itu?waktu free?malam dan weekend.gigihla mengisi masa-masa yang ada dengan update assessment, kemas kelas, cuci baju, kemas bilik, baca novel, tgk running man, layan drama korea, hangout, balik kampung (depands kalau tak keje hari sabtu) tu tak termasuk dengan tuisyen malam lagi.haru biru kelabu kelam kelibut kan hidup saya sekarang ni? macam mana nak kahwin kalau hidup lintang pukang tak tentu arah ni? ceh, sebenarnya kan boleh susun atur jadual tu cumaaaa......MALAS...hahahahaha...

disclaimer: moral value yang boleh dapat dalam entry ini adalah buat la satu jadual untuk pengurusan diri sendiri supaya hidup anda lebih teratur.jom kita try sama-sama...lulz!!

sekian. selamat menjamu mata =)
tenaga pengajar sesi pagi dan petang BBIMSA2

bebudak BBIMSA2 sesi pagi

3 of my student. geng mak jemah ni.

ni gabungan bebudak dua sesi

le girls in da houze

parts of our students. tak dak jauh beza teacher dgn students,hahahaha