wonderful traveller

Friday 12 June 2015

Rentetan 2014 part 2

Assalamualaikum wbt. Anyeong-hanseyo!!

wahai silent reader..dah baca ke belum entry kita sebelum ni..bacalah, naik krem jari ni menaip *muka minta simpati+penampaq* sudahlah tu meh kita masuk part 2 lak untuk rentetan 2014. seperti yang kita tau tahun 2014 merupakan tahun yang bagi saya tahun yang amat sukar untuk dilalui dalam tempoh itu terutama bagi mereka yang terpilih untuk diduga sebegitu rupa. so, part ni saya nak buat tribute 2014.

1-MH370
awal Disember 2013 kita dikejutkan dengan berita kehilangan  pesawat MH370 yang membawa 200++ penumpang dari KL ke Beijing. sehingga kini kehilangan kapal itu masih menjadi tanda tanya dan misteri bagi seluruh dunia. masih ingat lagi waktu itu saya dan staff lain termasuk encik boss belanja makan di Seoul Garden Setia City Mall. mau tak terkejut cuma tak tercekik je waktu makan tu. nak tau info lebih lanjut pun tak dan sebab line tak berapa nk ada. but, saya mengikuti perkembangn setiap pencarian kapal itu termasuk membaca certain blog yang mendedahkan misteri kehilangan kapal itu. saya tak pasti kesahihan cerita di sebalik itu tapi sedikit sebanyak ada juga logiknya.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang bergama Islam.

2-MH17
selang beberapa bulan di kala rakyat Malaysia masih terkejut dgn kejadian MH370 itu sekali lagi kita dikejutkan dan kejadian pesawat MH17 terhempas di banda Donestek, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashcencko. angkatan tentera Ukraine menafikan tidak terlibat dengan kejadian tersebut malah mengatakan ada kemungkinan 'pengganas' yang menembaknya. malangnya, anggota pemisah turut menafikan yang pemberontak mempunyai senjata yang sedemikian yang mampu menembak pesawat besar itu. akhirnya, komander pemberontak Ukraine "Donestek People's Republic" mengaku tersalah menembak pesawat MH17 yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang beragama Islam.

3-QZ8501
tidak lama selepas itu pesawat penerbangan Air Asia QZ8501 pula menyampaikan khabar buruk. pesawat tersebut terhempas dalam satu cuaca ribut yang sepatutnya menjadi perjalanan yang singkat dari Bandar Indonesia Surabaya ke Singapura. dalam kejadian tersebut telah mengorban seramai 162 orang termasuk anak kapal dan juruterbang.
-Salam takziah buat penumpang.

4-Banjir besar
peristiwa ini melibatkan beberapa buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak. ke ada lagi ke negeri yang terlibat yang saya tertinggal. sila tambah di bahagian komen, in sha allah saya akan reply. heeee....memang tak sangka banjir kali ini memang luar biasa sehingga mampu menenggelamkan salah satu stadium di Kelantan, Masya Allah, tak di sangka kebesaran yang Maha Besar dari Allah. kebetulan saya ada kawan yang asal Terengganu dan kawasan rumah beliau turut terkena tempiasnya serta sorang lagi kawan yang waktu itu sedang study di UMK Kelantan turut terkena dan alhamdulillah kesemuanya selamat.

sedih kan bila mengikuti perkembangan setiap kejadian lebih-lebih lagi MH370 yang masih misteri. saya masih ingat kata-kata blogger yang saya selalu stalk nak tau pasal di sebalik kejadian itu. kata-katanya seperti ini "kalau timbul ramai yang mati, kalau tenggelam ramai yang selamat" dengan erti kata lain kalaulah pesawat itu dijumpai kemungkinan WWW-4 bakal terjadi. seeloknya biarlah ia hilang sebegitu sahaja. di mana tahap kesahihan kisah itu wallahuwaalam, Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

saya itu saja peristiwa yang terkesan sangat-sangat dalam hati ini. tak boleh bayangkan andai kita atau family member or kenalan rapat yang mengalami kejadian itu, nauzubillah hi min zalik.

sekian, Selamat Membaca!

Rentetan 2014 part 1

Assalamualaikum wbt, Anyeong-hanseyo!!

waah! setahun setengah beb saya tak update blog kemanjaan saya ni...konon gitu. buzy?malas?ye...both of it.hehe..FYI, saya sudah tidak mengajar di campus Kota Kemuning, which is not actually resign but saya ditukarkan ke campus Shah Alam. since when? since last tarikh saya update blog saya itu...sila rujuk entry sebelum yang latest ni...muhahaha...so, hari ini dengan baik hatinya saya nk update entry even takdak oghe nak baca kan...huwaaa...meh kita start dgn perubahan situasi tempat kerja yang baru.

seriously, bila saya start keje di campus SA ni tak menang tangan ni kot. mana uruskan bebudak ni, nak urus paperwork dan sewaktu dengannya, mana nak urus diri sendiri.kesudahannya memang hidup saya tidak terurus ibarat tongkang dipecahkan dek ombak/ribut/taufan semua segala lah..hahahaha..bab metafora no 1 ek. mentang-mentang subjek BM semedang je A kan, ^_^ tapi saya memang tak tipu sebab not only me but same goes with my roomate a.ka. teacher kat situ jugak ler. jauh beza bak langit dan bumi masa di KK. antara perbezaan:

1-bilangan budak
part ni memang jauh beza yang sangat ketara. manakan tidak waktu di KK total budak 30 and teacher 2 je. SA lak almost 100+

2-sesi mengajar
waktu di KK dulu kena jaga full fay di  mana siang kau mengajar petang lak daycare. sekarang ni lak pagi kena ngajar petang pun kena mengajar. maksud di sini bahawasanya pagi budak lain petang lak budak lain datang..alaa mcm sesi persekolahan sek keb/men tu...faham kan?tak faham sudah,haha

3-masa
di KK of course free time tu quite de la especially waktu day care. budak day care tak ramai so program pun tak padat macam sesi pagi. then, saya ada masa nak settlekan urusan kerja macam update assessment sheet bebudak ni, kemas kelas dan sewaktu dengannya. sekarang ni lak jadual memang sah padat sebab pagi dan petang mengajar..nanges jap TT_TT

see?nampak tak kesibukan itu?waktu free?malam dan weekend.gigihla mengisi masa-masa yang ada dengan update assessment, kemas kelas, cuci baju, kemas bilik, baca novel, tgk running man, layan drama korea, hangout, balik kampung (depands kalau tak keje hari sabtu) tu tak termasuk dengan tuisyen malam lagi.haru biru kelabu kelam kelibut kan hidup saya sekarang ni? macam mana nak kahwin kalau hidup lintang pukang tak tentu arah ni? ceh, sebenarnya kan boleh susun atur jadual tu cumaaaa......MALAS...hahahahaha...

disclaimer: moral value yang boleh dapat dalam entry ini adalah buat la satu jadual untuk pengurusan diri sendiri supaya hidup anda lebih teratur.jom kita try sama-sama...lulz!!

sekian. selamat menjamu mata =)
tenaga pengajar sesi pagi dan petang BBIMSA2

bebudak BBIMSA2 sesi pagi

3 of my student. geng mak jemah ni.

ni gabungan bebudak dua sesi

le girls in da houze

parts of our students. tak dak jauh beza teacher dgn students,hahahaha