wonderful traveller

Friday 12 June 2015

Rentetan 2014 part 2

Assalamualaikum wbt. Anyeong-hanseyo!!

wahai silent reader..dah baca ke belum entry kita sebelum ni..bacalah, naik krem jari ni menaip *muka minta simpati+penampaq* sudahlah tu meh kita masuk part 2 lak untuk rentetan 2014. seperti yang kita tau tahun 2014 merupakan tahun yang bagi saya tahun yang amat sukar untuk dilalui dalam tempoh itu terutama bagi mereka yang terpilih untuk diduga sebegitu rupa. so, part ni saya nak buat tribute 2014.

1-MH370
awal Disember 2013 kita dikejutkan dengan berita kehilangan  pesawat MH370 yang membawa 200++ penumpang dari KL ke Beijing. sehingga kini kehilangan kapal itu masih menjadi tanda tanya dan misteri bagi seluruh dunia. masih ingat lagi waktu itu saya dan staff lain termasuk encik boss belanja makan di Seoul Garden Setia City Mall. mau tak terkejut cuma tak tercekik je waktu makan tu. nak tau info lebih lanjut pun tak dan sebab line tak berapa nk ada. but, saya mengikuti perkembangn setiap pencarian kapal itu termasuk membaca certain blog yang mendedahkan misteri kehilangan kapal itu. saya tak pasti kesahihan cerita di sebalik itu tapi sedikit sebanyak ada juga logiknya.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang bergama Islam.

2-MH17
selang beberapa bulan di kala rakyat Malaysia masih terkejut dgn kejadian MH370 itu sekali lagi kita dikejutkan dan kejadian pesawat MH17 terhempas di banda Donestek, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashcencko. angkatan tentera Ukraine menafikan tidak terlibat dengan kejadian tersebut malah mengatakan ada kemungkinan 'pengganas' yang menembaknya. malangnya, anggota pemisah turut menafikan yang pemberontak mempunyai senjata yang sedemikian yang mampu menembak pesawat besar itu. akhirnya, komander pemberontak Ukraine "Donestek People's Republic" mengaku tersalah menembak pesawat MH17 yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
-Al-Fatihah untuk penumpang dan anak kapal yang beragama Islam.

3-QZ8501
tidak lama selepas itu pesawat penerbangan Air Asia QZ8501 pula menyampaikan khabar buruk. pesawat tersebut terhempas dalam satu cuaca ribut yang sepatutnya menjadi perjalanan yang singkat dari Bandar Indonesia Surabaya ke Singapura. dalam kejadian tersebut telah mengorban seramai 162 orang termasuk anak kapal dan juruterbang.
-Salam takziah buat penumpang.

4-Banjir besar
peristiwa ini melibatkan beberapa buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak. ke ada lagi ke negeri yang terlibat yang saya tertinggal. sila tambah di bahagian komen, in sha allah saya akan reply. heeee....memang tak sangka banjir kali ini memang luar biasa sehingga mampu menenggelamkan salah satu stadium di Kelantan, Masya Allah, tak di sangka kebesaran yang Maha Besar dari Allah. kebetulan saya ada kawan yang asal Terengganu dan kawasan rumah beliau turut terkena tempiasnya serta sorang lagi kawan yang waktu itu sedang study di UMK Kelantan turut terkena dan alhamdulillah kesemuanya selamat.

sedih kan bila mengikuti perkembangan setiap kejadian lebih-lebih lagi MH370 yang masih misteri. saya masih ingat kata-kata blogger yang saya selalu stalk nak tau pasal di sebalik kejadian itu. kata-katanya seperti ini "kalau timbul ramai yang mati, kalau tenggelam ramai yang selamat" dengan erti kata lain kalaulah pesawat itu dijumpai kemungkinan WWW-4 bakal terjadi. seeloknya biarlah ia hilang sebegitu sahaja. di mana tahap kesahihan kisah itu wallahuwaalam, Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

saya itu saja peristiwa yang terkesan sangat-sangat dalam hati ini. tak boleh bayangkan andai kita atau family member or kenalan rapat yang mengalami kejadian itu, nauzubillah hi min zalik.

sekian, Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment