wonderful traveller

Friday 23 December 2016

perginya abah......

Assalamualaikum wbt. anyeong!!

mak aih, baru ku sedar bahawasanya sudah setahun lebih tidaklah aku menjengah blog ini..huhuhu..sadisnye hidup. aku punyai kerja yang tetap di mana masa bekerja aku dari pukul 7pagi-7mlm..kau ghase?ada masa ke nak ngadap blog ni?dengan drama korea nya (ntah bila aku blh stop) beratur tunggu giliran untuk ditonton...kemain banyak..

ok, lets we make it short and i will make a list what happen along 2016.

1. 03012016-perginya ABAH tanpa dipinta.
Tarikh yang paling azimat baki aku dan family. setelah hampir 100 hari abah bertarung dengan sakitnya abah pergi menemui PENCIPTA nya dalam keadaan ditidurkan. arwah meninggal tepat jam 8mlm di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). since pertengahan 2015  arwah batuk tak berhenti. masa tu kan tgh musim jerebu then depan rumah kami ni lak de pembinaan jalan/highway baru so habuk debu debu semua masuk dalam rumah lagi la teruk batuk arwah. tanggal 01 Dis 2015 abah dierjakan ke Hospital Tuanku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebab sesak nafas. doktor buat xray dan sahkan dalam paru2 abah de banyak air. di situ lah permulaan abah stay in 3 buah hospital. 3 malam abah stay kt HTAJ then transfer ke Hospital Teluk Intan (HTI) atas sebab HTAJ xde kepakaran nak sedut keluar dari paru paru. around 2 minggu abah keluar masuk dari HTI dan hanya fews time doktor sedut air tu but still tak berkurang. pelik sangat waktu tu sbb dh byk kali keluarkan air tu. doktor decide nk amik sample tisu utk buat test.
Doktor cakap hari 31 Dis 2015 dtg hospital ingat dh tau resultnye tp nurse ckp result tak sampai lagi dari lab and doktor xde pun nak check abah bagai tau. buang masa je dtg hospital..masa tu abah dah bergenang air mata menahan sakit kt dada tu. so, mama decide nak bwk abah ke PPUM hari yang sama. mama drive sampai kapar pastu along dgn angah amik dyorg kt sana terus drive ke PPUM. sempatlah amik aku dgn adik sekali sbb satu hala je kan. alhamdulillah perjalanan hari itu smooth sgt sedangkan klu waktu puncak kt federal tu confirm jammed kan. tapi waktu tu jalan tak busy hujan pun tak lebat. lega rasa masa tu. sampai PPUM terus park bhg kecemasan.
Bila masuk zon kecemasan je tgh nak beratur tggu turn kt zon saringan yg pertama, Medical Assistant (MA) dlm bilik tu terus keluar tggalkan skjp patient depan dia terus tgk condition abah. dia tanya itu ini pasal abah terus dia bwk abah masuk zon kritkal. memang tak tggu bagai sbb abah mmg dah tak stabil sgt wktu tu. sayu sgt tgk dia tercungap cungap nak bernafas wktu tu. nak ckp something pun kiteorg tak bagi tp dia mampu senyum lagi. so, kiteorg pun bertapa kt ruang kecemasan tu tggu doktor keluar. pnyela lama kiteorg tggu rupanya around 12 mlm tu abah dh selamat pindah ke wad biasa dalam keadaan stabil tp kne pakai tiub kt hidung.
Pagi Jumaat 01 Jan 2016 aku dgn adik pergi melawat abah. masa tu tak fikir jauh sangat sbb abah nampak 'sihat' di luar. makan berselera, blh tersenyum dan sempat mengusik kami. sebelum aku balik tu siap pesan kt abah yang esok birthday aku (02Jan).aku tak sangka yang wktu itu adalah kali terkahir aku jumpa abah dlm keadaan jaga. habis je waktu melawat aku dgn adik balik shah alam settlekan apa yg patut. lepas zohor baru nak bukak mulut nak mkn maggie goreng mama call yang abah sesak nafas lepas kluar dr toilet. doktor masukkan abah kt bhg bilik kecemasan yang de dlm ward tu. debaran waktu tu Allah je yg tau nasib tak accident sbb tangan dgn kaki dh menggigil masa drive.
Sampai je wad abah tu terus banjir bila tgk mama dh tersandar kt kerusi. terus peluk mama. since abah sesak nafas tu terus abah tak sedar. doktor tidurkan abah sbb nak bagi jantung dgn paru paru rehat dari berkerja. masa tu dah fikir yang peratus abah blh sedar dan stabil adalah 50-50. hari yg sama juga fews doktor dtg kerumun abah discuss+buat blood test. setengah jam kemudian doktor india perempuan kluar jumpa mama terangkan keadaan abah. doktor ckp abah akan dipindahkan ke wad ICU (wad yg paling digeruni).
Keesokannya, doktor bagitau hasil blood test tu. mmg memeranjatkan aku dan family. doktor cakap buah pinggang abah dah rosak sebelah, jantung lemah, darah dah kena jangkitan kuman dan air dalam paru paru pun sebenarnya dah dijangkiti kuman sbb tu air tak berkurang bila dah disedut. dan kuman dalam air paru paru tu abah dapat semasa berada di HTI. Allahuakbar....memang tak terduga. kalau korang tgk keadaan luaran abah mmg looks normal cuma badan abah makin susut dan cengkung but still dia blh bergerak lagi cuma terhad. rupanya dalam badan abah dh penuh dgn kuman. jahat kan kuman ni?? so, berkampung la kami bergilir kt wad ICU tu dgn pelawat dtg bersilih ganti.
Malam tu abang stay hospital then kebetulan dapat call dr nurse yang abah kena serangan jantung sekejap. allahuakbar.....aku diamkan je news tu sbb tak nak kejutkan mama yg tidur lena kepenatan tu.
Hari Ahad pagi 03 Jan 2016 lepas subuh tu baru aku bgtau mama pe yg jadi malam tu. terus dia nangis dan tak sabar nak pergi hospital. lepas breakfast terus gerak ke hosp bagi abang blik rehat lak. sehari suntuk kami 6 beranak sahaja. abg ipar dgn kakak ipar aku jaga anak2 masing kt rumah. masa pak lang aku (adik abah yang paling rapat dgn abah) masuk tgk abah sempatlah tnye doktor pasal abah. doktor ckp keadaan abah dah kritikal...50-50. dia ckp lagi just stand by je sbb keadaan abah masa tu bergantung pada mesin dialisis. once mesin tu stop dari berfungsi means jantung abah dah lemah sgt tak blh nak pam darah tu. yes....lepas solat maghrib tu nurse panggil semua waris masuk icu. dada aku masa tu nak pecah rasanya menahan air mata keluar. angah dah pesan jangan tangisi.
Kami berenam masuk sekali dgn adik beradik mama tunggu abah. sempat baca yassin dan zikirkan untuk abah. aku merupakan orang yg paling dekat dgn telinga abah. selesai baca yassin tu aku bisik kt abah, "abah tidur ye lama lama. abah rehatlah." waktu tu kami la saksi tgk abah tarik nafas kali terakhir sbyk 3 kali. tepat jam 8 mlm nurse announce abah dah takde. mesin dimatikan dan keadaa jadi sunyi. takde sape bercakap lepas nurse announce. hanya mampu angguk je.
itulah rentetan arwah abah aku. mama ckp mmg cukup 100 hari abah sakit dan lepas tu abah pergi.dalam tempoh tu juga abah dah tau yg dia nak pergi cm dia de share satu post ni kt fb tentang persiapan uruskan jenazah dgn tanda tanda kematian. bagi kita yang hidup ni mmg tidak akan perasan perkara itu hanya yang tertentu je kan. sesungguhnya hidup, mati, dan jodoh adalah urusan ALLAH.
-AL-FATIHAH.-

No comments:

Post a Comment