wonderful traveller

Saturday 24 December 2016

#throwback few weeks after....

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

kemain rajin aku update post baru..ni kes dh takde drama baru nak tgk..baru nmpak de benda lain blh buat sebenarnya selain ngadap drama korea tu tau...masha Allah...lagha tul..abis tu, de je drama baru yg lain but my style is tggu semua episod habis download baru tgk.kisahnye..kau tggu la dua bulan lg baru tgk ye.so, lets start read my next post for history in 2016, maaf sangat, rentetan agak berterabur sbb mana aku ingat dulu aku up terus..kalau tak lupa. faktor usia kata adik.

3. Urusan peninggalan arwah.
Pernah dengar tak kalau ada kereta/rumah/tanah ni seeloknye tukar nama kepada nama anak anak atau waris sebelum meninggal. ye, kita mmg takkan tahu bila kita akan pergi tapi pepatah melayu ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan. This is happen in my family. ni takdela personal but at least i have to share untuk kesedaran bersama.

Kisahnye, abah aku tinggalkan anak anak dengan 2 buah kereta, satu buah motosikal dan sekangkang kera tanah (tak besar mana pun) untuk kami 5 beradik. arwah takde pun buat wasiat untuk kite orang tapi cara arwah buat 'wasiat' adalah meminta kami 5 beradik menguruskan hal2 seperti tutup segala akaun bank dan juga tabung haji. bagi kami urusan tutup akaun tu takde la susah mana pun takat g bank bawa sijil mati arwah dah settle. tapi tidak bagi urusan penukaran nama kenderaan

Proses penukaran nama untuk harta alih (kenderaan) dgn harta tak alih (tanah) ni blh buat di dua tempat. satu Amanah Raya (tersangatlah leceh dn sukar katanya lagi lagi base di Ipoh) dan keduanya dengan salah seorang waris jadi pentadbir untuk buat pusaka kecil di pejabat tanah bersyarat si mati ada tanah hatta sekangkang kera pun.

Mujur arwah ada tanah so, kami decide buat pusaka kecil dan aku jadi pentadbir. pentadbir ni kau kena uruskan hal ni sampai la hari perbicaraan nt. (masuk court tau) apa tugas pentadbir ni?
1-kau kena isi borang yang diambil di pejabat tanah (cakap je nk borang nk buat pusaka kecil)
2-kau kena collect semua dokumen yang diperlukan, salinan ic waris termasuk atuk dan nenek korang (mak/ayah kpd ayah kau), salinan geran tanah, salinan geran kenderaan bermotor dan juga borang nilai setiap kenderaan (cmne nak tau nilai kereta/motosikal sila cari kedai2 kereta terpakai/kedai motosikal tu minta dyorg nilaikan) dan last skali salinan untuk hasil carian (refer pej tanah).
3-kau dah collect semua dokumen yg berkenaan baru blh submit di perjabat tanah. dah hantar semua dyorg akan check then akan bagi surat bila bicaranya. kalau takde halangan around 2-3 bln lepas submit dokumen dyorg hantar surat bicara.
4-bila kau dapat surat bicara tu make sure kau dgn waris yg lain dh stand by nak amik cuti bagai sbb perbicaraan mesti waktu bekerja. pepandaila korang menghadirkan diri. make sure semua hadir klu mmg tak blh hadir korang kne isi satu form ni dipanggil borang DDA (jgn tnye stand for what) dan korang yg tak hadir tu dah setuju sengan segala apa yg dibahagikan. kalau tak better hadir dn dgr sndiri.
5-waktu bicara plak make sure bwk semua skali geran2 yang original sbb dyorg akan check sblm bicara. stand by gak ic korang yg ori tu. dan selepas selesai bicara korang kena bayar (WAJIB BAYAR) sbb nt pihak dyorg takkan keluarkan surat perintah. apa pulak surat perintah tu? surat perintah tu tanda nye korang dh blh buat urusan penukaran nama. i will share the process of transferring name in next post.

ni gambar sebekum bicara...gambar dgn 5 beradik tak de dlm simpanan

So, ada faham tak korang?hehehe...ni dah sehabis simple aku cuba sampaikan. kalau de yang tak clear blh rujuk ke pejabat tanah yang berdekatan. Bila baca nampak senang tapi pengurusannya seriously ambil masa dan kau perlu amik cuti untuk selesaikan hal ini. Sebab tu bila kita masih hidup ni ada baiknya tukar nama segala harta siap2 sbb kita just collect ic waris masing je..settle. Kita takde la minta sangat harta tu semua cuma nak permudahkan urusan lebih  lebih lagi bila nak renew road tax. selagi tak tukar nama kau kne renew 6 bulan sekali. pulak tu hanya blh renew di JPJ je..kt Pejabat Pos nggak bisa...makanya korang faham la ye knp aku gigih uruskan pusaka kecil ni. ye, sebab ROAD TAX.

sekian, see ya!!

No comments:

Post a Comment