wonderful traveller

Saturday 24 December 2016

urusan PUSPAKOM dan JPJ

Assalamualaikum wbt. anyeong-haseyo!!

last entry (walhal smlm jek) aku de share pasal prosedur pengurusan pusaka kecil untuk tukar nama pemilik kan. so, skrg aku share pengalaman aku mengerah tenaga pergi bawa kereta yang nak ditukar nama ke mana kan..meh kita baca sama sama. ok, this is my next history in 2016.

4. Tukar nama pemilik kenderaan
Alright, kalau korang dah dpt surat perintah dari Pejabat Tanah (actually adik aku pegi mintak) makanya korang dah blh pergi tukar nama. korang nak tukar nama tu di JPJ tapi before that korang kena pegi PUSPAKOM untuk buat inspection. inspection apa plak? korang blh refer gmbar rajah di bawah. sila jangan malas nak baca..

sumber:www. PUSPAKOM.com.my
Gambar di atas tu dah terangkan dari mula korang sampai hinggala selesai. mudah je sebenarnya buat inspection ni kecuali lori. kalau korang baca tgk kt bhg 2A tu ada tulis inspection by appointment kan? perlu ke appointment tu? ok, masa aku nak buat dulu aku buat kt PUSPAKOM Teluk Intan. sebelum nak buat tu aku call sbb aku buak website kne buat appointment. bila aku call orang tu cakap kalau kereta tak payah buat appointment, just datang je bwk geran kereta. aku tak taula PUSPAKOM tempat lain. yang appointment tu katanya untuk lori.

Kalau korang nak kepastian better call je tanya.senang. free ke buat inspection ni? hehe...korang kne bayar RM31.20 termasuk GST. =) lama kah inspection ni? depends on your car's conditon.hehehe..masa aku dulu sekejap je..tak sempat panas punggung lagi dah siap..hehe. kalau korang sampai awai cepatla siap urusannya. betui dak?

Bila dah selesai urusan dah dapat report dari PUSPAKOM kalau LULUS means korang boleh terus ke JPJ buat urusan tukar nama. kalau FAIL korang kena g betulkan apa yang patut kat kereta korang tu. masa aku dulu alhamdulillah...sekali je datang terus lulus. terus aku g JPJ. kebiasaan nye PUSPAKOM dgn JPJ bersebelahan je..so senang sangat urusannya. =) Tiba di JPJ lak aku pegi bhg kaunter pertanyaan cakap kt orang tu nak tukar nama kenderaan. orang tu akan bagi satu borang utk diisi.

Dah isi borang itu ambil no giliran dan tunggulah giliran anda. sampai masa giliran korang bagi borang yg korang isi tu pastu sila standby surat perintah, laporan dari PUSPAKOM dan geran kereta. tak lupa juga wang secukupnya untuk bayar geran iu. aku kena bayar RM102 termasuk laminate geran tersebut. laporan PUSPAKOM dengan surat perintah tu pihak JPJ akan ambil untuk rujukan.
siap!!

ta-da!!
Bagi kereta yang still under loan, korang still xleh nak tukar nama even dah dpt surat perintah. still kne tukar road tax 6 bulan. korang kne bawak surat perintah tu bersama sama ke JPJ tiap kali korang nk renew road tax ye. sekian. senang je rupanya. ada hikmah nye kenapa arwah tak nak tukar nama siap siap. dia nak anak anak dia belajar dan boleh share kpd semua orang. =) tapi mmg betul..aku boleh share kt korang kan...hehehe...ok, jumpa next entry!

sekian~~

No comments:

Post a Comment